Nama Kelab
Kelab Pembangunan Belia (KPB) atau Youth Development Club (YDC)
 
Alamat Surat Menyurat
Kelab Pembangunan Belia,
Multimedia University,
Kampus Melaka,
Jln Ayer Keroh Lama,
75450 Bukit Beruang,
Melaka.
 
Motto Kelab
" Belia Penggerak Wawasan "
 
Logo Kelab
  • Logo KPB adalah merupakan kombinasi tiga huruf iaitu Y, D dan C dan merupakan akronim kelab dalam bahasa Inggeris, Youth Development Club.
  • Warna merah melambangkan keberanian dan keteguhan kendiri setiap ahli dalam menghadapi cabaran.
  • Warna biru melambangkan kerjasama dan komitmen yang jitu dari setiap ahli dalam merealisasikan misi dan visi kelab.
  • Terdapat juga perkataan KPB dan nama kelab iaitu, Kelab Pembangunan Belia menunjukkan keutuhan ikatan perpaduan.
Objektif Kelab
  • Melahirkan generasi muda yang berketerampilan dan berkepimpinan.
  • Menjana potensi pelajar ke arah keberanian untuk menghadapi cabaran serta bertindak secara kritis dalam membuat keputusan.
  • Memantau prestasi para pelajar dan mengenal pasti kelemahan yang ada serta mencari penyelesaian bagi permasalahan yang timbul.
  • Menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.
  • Mewujudkan generasi pelapis yang benar-benar mantap dari segi rohani ,jasmani dan emosi.
  • Menyediakan mahasiswa dan mahasiswi ke alam kerjaya dan masyarakat.
  • Melatih para pelajar dalam menguruskan sesuatu organisasi dan aktiviti.
  • Membentuk mahasiswa dan mahasiswa yang mempunyai jati diri yang teguh.
Keahlian
Dibuka kepada semua warga pelajar Universiti Multimedia kampus Melaka dan Cyberjaya
 
Yuran Kelab
Pendaftaran : RM 10
Setiap Semester : RM 5