Make your own free website on Tripod.com
3000 bytes
 
 
FADHILAT RAMADHAN
( Kelebihan Solat Sunat Tarawikh )
 
MALAM 
FADHILATNYA
Pertama Keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan dari Allah.
Kedua  Diampunkan dosa orang mukmin serta kedua-kedua ibu bapanya.
Ketiga Berseru malaikat di bawah Arasy supaya meneruskan sembahyang tarawikh dan semoga Allah mengampunkan segala dosa.
Keempat Memperolehi pahala orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.
Kelima Allah kurniakan baginya pahala seperti orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Madinah dan Masjidil Aqsa.
Keenam Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat yang tawaf di Baitul Makmur ( 70 kali tawaf di Baitul Makmur ) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam ini.
Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu Nabi Musa serta menolong Nabi menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Kelapan  Allah mengurniakan pahala orang yang sembahyang tarawikh seperti yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim.
Kesembilan Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadan hambanya seperti Nabi Muhammad SAW
Kesepuluh Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Kesebelas Keluar ia daripada dunia(mati) seolah-olah bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.
Kedua Belas Datang ia pada hari akhirat dengan muka bersih dan bercahaya.
Ketiga Belas Datang ia pada hari kiamat dalam aman dan sentosa daripada kejahatan dan kebuurkan.
Keempat Belas Datang malaikat menyaksikan  ia bersembahyang tarawikh serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
Kelima Belas Semua malaikat yang menanggung Arasy; Kursi; berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.
Keenam Belas Allah menuliskan baginya supaya ia terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Ketujuh Belas Allah kurniakan orang yang bertarawikh pahalanya padanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Kelapan Belas Malaikat berseru "Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau sama ada yang masih hidup atau mati "
Kesembilan Belas Alah meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Kedua Puluh Allha mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang soleh.
Kedua Puluh Satu Allah membinakannya sebuah istana di dalam syurga daripada nur (cahaya)
Kedua Puluh Dua Datang ia pada hari kiamat aman daripada dukacita dan kerisauan.
Kedua Puluh Tiga Allah membinakan daripadanya bandar di dalam syurga daripada nur.
Kedua Puluh Empat Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawikh malam ini ( elok sekalil berdoa ketika dalam sujud )
Kedua Puluh Lima Allah mengankatnya daripada seksa kubur.
Kedua Puluh Enam Allah mengurniakan kepadanya pahala seperti orang yang beribadat 40 tahun.
Kedua Puluh Tujuh Allah mengurniakan orang yang bertarawikh ketangkasan melintas dia atas titian sirat seperti kilat yang menyambar.
Kedua Puluh Lapan Allah mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Kedua Puluh Sembilan Allah mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur.
Ketiga Puluh Allah memberikan penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini lalu berfirman : " Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang ingin engkau makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar"
 
 
 
 
|previous| |up| |next|
Quick Menu
Please Sign My Guestbook
 
Sign My GuestbookEnter Your Personal MessageView My Guestbook